SERDANG – Suspek pergaduhan di Serdang Raya yang mengakibatkan seorang pekerja restoran makanan segera cedera dipukul baru-baru ini akan dituduh 8 Januari ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, sehingga kini suspek berada di luar negara dan akan kembali ke tanah air dalam masa terdekat.
“Kami telah merujuknya (kertas diasatan) minggu lepas tetapi kami masih belum mendakwa suspek,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang hari ini.
Muhamad Farid berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Terdahulu dilaporkan, seorang pekerja restoran makanan segera cedera dipukul ldi Serdang Raya, pada 8 Disember lalu dipercayai gara-gara tidak berpuas hati berhubung perniagaan yang dijalankan di aplikasi TikTok.
Akibat kejadian, mangsa difahamkan mangsa mengalami bengkak pada pipi kiri serta luka kecil di bahagian dalam bibir kiri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. -MalaysiaGazette
















