Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau.

KUALA LUMPUR – Semua perkara berkaitan kepimpinan hendaklah ditangani selaras dengan Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melalui mekanisme gabungan yang sewajarnya.

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau berkata, parti itu menghormati proses kolektif dalam PN dan yakin Majlis Tertinggi PN akan membincangkan serta menyelesaikan kemelut dengan penuh kebijaksanaan dan kematangan.

Dalam masa sama, Pengerusi PN Pulau Pinang itu berharap agar semua pihak dalam PN terus bertenang dan mengekalkan fokus utama gabungan, iaitu memperkukuh perpaduan dalaman serta memperkasakan jentera menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Keutamaan ini penting bagi memastikan PN tampil sebagai sebuah pilihan yang stabil, diyakini, dan mampu menawarkan kepimpinan yang bertanggungjawab serta berorientasikan kepentingan rakyat dan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menurut Dominic, Gerakan sebagai rakan komponen dalam PN mengikuti rapat perkembangan dalaman gabungan itu sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, ia termasuk isu pelantikan Menteri Besar Perlis serta peletakan jawatan oleh beberapa pemimpin utama PN termasuk Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast