KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani akan terus bekerja dengan amanah, keberanian, ihsan dan beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat.

Itu jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial menjelang sambutan Tahun Baharu 2026.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan akan terus memastikan masa depan negara akan lebih terjamin dan sejahtera.

Beliau turut mengajak rakyat supaya menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia Madani yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan.

Katanya, dalam melangkah ke tahun baru, perkara yang penting adalah memperkukuhkan semangat perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan serta memastikan kemakmuran negara supaya dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

“Demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya,” katanya.

Anwar turut berharap supaya 2026 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

“Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan Makmur,” tambahnya.- MalaysiaGazeztte

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast