Mohd Fared menyerahkan bantuan kepada Mohamad Sharafi, 9, di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim (BSI), Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan menubuhkan sekretariat khas dalam tahun ini bagi membantu pesakit beragama Islam yang memerlukan kos perubatan yang tinggi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penubuhan sekretariat tersebut akan menjadi jadi platform utama bagi menguruskan bantuan awal bagi mereka yang kurang berkemampuan.

“Malah MAINJ akan menjadi lokasi utama bagi menerima maklumat ini, tetapi akan untuk menanggung semua kos, cuma memastikan dana awal dapat diperolehi.

“Kitalah badan utama yang akan menyelia sebagai sekretariat utama keperluan orang Islam yang berkeperluan dan layak menerimanya daripada segi bantuan perubatan terutamanya yang melibatkan pelbagai kos yang amat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan bantuan bagi proses pemindahan hati adik Anaqi Mikhael Mohamad Sharafi, 9, di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim (BSI) di sini hari ini.

Beliau berkata, setiap maklumat pesakit akan dikongsikan dengan kebenaran pihak hospital dan atas persetujuan pesakit itu sendiri.

“Pihak kerajaan negeri dan kami juga akan bekerjasama dengan banyak lagi jabatan kerajaan yang lain dalam soal ini bagi memudahkan pesakit,” katanya.

Mohd Fared berkata, kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Yayasan Kanser Negara dan beberapa jabatan lain akan menjadikan setiap bantuan dapat disalurkan secara bersepadu.

Sekali gus katanya, akan memudahkan pesakit mendapatkan sokongan tanpa perlu mencari dana secara peribadi.

“Perkara ini juga akan memastikan Johor kekal sebagai negeri ya g prihatin dan berkebajikan,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast