Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Melaka akan tetap berjalan dengan baik meskipun tiada wakil daripada DAP mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri berkata, DAP dan Amanah Melaka tidak perlu menunggu Ketua Menteri untuk membawa perkara itu ke dalam mesyuarat Exco.

Sebaliknya, ujar beliau, sekiranya berani, ADUN DAP dan Amanah boleh sahaja mengumumkan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri.

“Kepada Amanah dan DAP Melaka, kenapa nak perlu tunggu Ketua Menteri bawa dalam mesyuarat Exco, kalau kamu rasa berani nak keluar, keluar  sahaja tak perlu tunggu mesyuarat exco kerajaan negeri pun,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Ketua Amanah Melaka mencabar Dr. Muhamad Akmal membuktikan kesungguhannya menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dengan memulakan langkah itu di negeri berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah dari DAP turut menyatakan kesediaannya untuk meletakkan jawatan sekiranya Kerajaan Perpaduan Negeri Melaka dibubarkan.

Sementara itu, Dr. Muhamad Akmal menjelaskan, konvensyen khas Pemuda UMNO semalam meminta pemimpin parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah.

Bagaimanapun, ujarnya, Pemuda UMNO tidak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa perkara itu ke dalam mesyuarat Kabinet.

“Sebab kita sedar sama ada kekal atau keluar itu adalah keputusan parti bukan keputusan kerajaan dan keputusan parti adalah keputusan yang dibuat oleh parti sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. KP UMNO ni sangat lah bodohnya. elok saja dia yang letak jawatan.
    Ramai lagi ahli UMNO yang bijaksana. Entah berapa banyak duit yang dia dapat dari ejen BERSATU dan PN untuk gagalkan Dato Seri Dr Ahmad Zahid. Elok dia saja yang letak jawatan dan kosong kan DUN MERLIMAU

Comments are closed.