KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dan isterinya mendoakan kesihatan dan kesembuhan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di ke Institut Jantung Negara (IJN).
“Saya dan Azizah mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-Allah,” tulisnya di media sosial hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar pukul 9.30 pagi tadi akibat terjatuh di kediamannya.
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Suffi Yusoff.
Sebelum ini, Dr Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 13 Julai 2025 selepas menghadiri program Picnic & Potluck sempena ulang tahun kelahirannya ke-100 dan isterinya ke-99 di Putrajaya. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















