Kabeer Maand.

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride mengumumkan tawaran tanpa pemotongan komisen (tiada caj platform) kepada semua pemandunya sempena sambutan Tahun Baharu 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif itu bermakna pemandu menyimpan 100 peratus tambang bersih bagi setiap perjalanan yang diselesaikan tanpa sebarang potongan komisen oleh platform.

Tawaran itu akan tersedia kepada semua pemandu sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

“Inisiatif zero percent komisen ini bertujuan meringankan beban pemandu dan membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.

“Sempena Tahun Baharu 2026, GV Ride tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada semua pemandu GV Ride,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kabeer, langkah tersebut mencerminkan komitmen GV Ride dalam menyokong kebajikan pemandu tempatan serta membina ekosistem e-hailing yang lebih adil dan mampan.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan lebih ramai pemandu untuk menyertai GV Ride serta mengajak pengguna mencuba perkhidmatan e-hailing tersebut untuk pengalaman yang lebih baik.

“Pelbagai promosi dan inisiatif menarik akan diperkenalkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan GV Ride akan terus melaksanakan aktiviti berasaskan komuniti sebagai usaha mendekatkan platform dengan rakyat serta menyokong pembangunan komuniti setempat.

“Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.gvride.com atau menghubungi talian +6012-500 3217.

“Perkembangan terkini GV Ride juga boleh diikuti melalui Facebook (GV Ride) dan Instagram (mygvride),” katanya.

GV Ride merupakan antara platform e-hailing tempatan yang aktif berkembang dengan fokus utama terhadap pendapatan pemandu, kebajikan komuniti, dan sokongan kepada ekonomi tempatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast