Logo Jabatan Alam Sekitar

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM440,000 terhadap sebuah syarikat menghasilkan jubin di Pasir Gudang selepas disabit kesalahan bagi pelepasan efluen melebihi had.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat itu disabit kesalahan bagi pelepasan efluen melebihi had Standard B bagi 5 parameter sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2005.

“Syarikat yang diwakili oleh pengurus syarikat terbabit membuat pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan di bawah Seksyen 25(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Tertuduh disabitkan kesalahan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim,” menurut kenyataan tersebut.

JAS mengingatkan pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Kegagalan pematuhan terhadap peruntukan jabatan akan menyebabkan tindakan perundangan dikenakan ke atas syarikat dan pengarah syarikat.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast