KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan secara tiba-tiba di susur Lebuhraya ELITE arah dari Klang ke Damansara, pada jam 11.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, ketika kejadian warga emas lelaki berusia 60 tahun itu berada di tengah lorong kedua paling kanan.
Kemalangan itu telah mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Identiti mangsa si mati masih lagi belum dikenalpasti dan usaha mengesan identiti mangsa masih lagi dijalankan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian ini boleh tampil ke harapan bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian (019-7757354). – MalaysiaGazette
















