KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan iklan perolehan Cadangan Kerja-Kerja Pengisaran Dan Penurapan Semula Jalan Di Kawasan Parlimen-Parlimen Dalam Wilayah Persekutuan turut dibuka kepada kontraktor bukan Bumiputera.

Jelasnya, iklan yang tular selepas dikatakan dipapar dalam  Sistem Perolehan Dan Pengurusan Projek DBKL adalah tidak benar.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk di portal perolehan DBKL.

“Sebarang maklumat lanjut dan hebahan rasmi berkaitan perolehan boleh dirujuk melalui Portal e-Perolehan DBKL di laman sesawang https://eperolehan.dbkl.gov.my/.

“Sebarang kesulitan berhubung perkara ini adalah amat dikesali,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, iklan yang tular itu memaparkan cadangan kerja-kerja pengisaran dan penurapan semula yang kononnya turut dipelawa kepada kontraktor bukan Bumiputera.

Iklan tersebut bertarikh jual bermula 17 Disember tahun lalu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast