Azam Baki

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilepaskan tengah malam tadi selepas rakaman keterangan diambil berhubung isu salah guna dana.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun berkata, pegawai berkenaan akan dipanggil pagi ini untuk sambung rakam keterangan.

“Pegawai pngurusan tertinggi itu telah dilepas tengah malam tadi dan dijangka hadir pukul 10 pagi ini untuk kita pagi sambung rakam keterangannya,” katanya secara ringkas kepada MalaysiaGazette.

Sebelum ini media melaporkan, pegawai berkenaan diminta tampil bagi dirakam keterangan dan hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pukul 11 pagi semalam.

Azam dilaporkan berkata, sehingga semalam hanya pegawai berkenaan dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung isu penyalahgunaan dana terbabit. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ada lagi pegawai tertinggi tentera dijangka dituduh dalam masa terdekat – Azam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast