Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki menyampaikan amanat kepada pelajar MMU di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya

KUALA LUMPUR – Mahasiswa diseru agar menghayati dan mengamalkan nilai integriti dalam kehidupan seharian khususnya daam usaha menyokong agenda pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, golongan ini juga memainkan peranan penting dan digalakkan menjadi ejen perubahan dalam menyebarkan mesej antirasuah kepada masyarakat.

“Mahasiswa boleh menjadikan tema “Keep Malaysia Clean” sebagai asas dalam prinsip hidup yang mana kejujuran, keadilan dan amanah adalah sebahagian daripada budaya kehidupan seharian,” katanya ketika menerima kunjungan daripada 25 pelajar termasuk pemimpin pelajar dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki menyampaikan amanat kepada pelajar MMU di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya

Dalam pertemuan itu, beliau turut mengadakan sesi dialog bersama pelajar terbabit mengenai pelbagai persoalan berkaitan isu rasuah, cabaran penguatkuasaan undang-undang serta peranan golongan muda dalam menyokong agenda pencegahan rasuah di peringkat nasional.

Menerusi lawatan yang disertai pelajar MMU daripada pelbagai latar belakang akademik , ia menjadi platform interaksi strategik antara mahasiswa dan SPRM, selain memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab SPRM dalam mencegah serta membanteras jenayah rasuah.

Beliau turut berkongsi perancangan dan hala tuju organisasi, termasuk pelaksanaan Perjanjian Penangguhan Pendakwaan – Deferred Prosecution Agreement (DPA) sebagai mekanisme strategik dalam menangani kes rasuah di sektor korporat.

Azam berkata, pendekatan itu menekankan kepada aspek pemulihan, pematuhan dan kebertanggungjawaban organisasi selaras dengan amalan tadbir urus yang baik.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Ahmad Nizam Ismail; Pensyarah MMU, Zakiah Manjanib@Munjanib dan Afizal@Mohd Afizal Mohd Aris serta pegawai-pegawai SPRM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast