Muhyiddin bersalaman dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – Alhamdulillah. Kami berbincang dan bersepakat untuk mengukuhkan PN (Perikatan Nasional).

Itu ayat ringkas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hantaran media sosialnya malam ini.

Dalam hantaran itu turut dimuat naik gambarnya bersama pimpinan PN lain di kediamannya di Kuala Lumpur.

Turut kelihatan Muhyiddin bersalaman dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tiada di dalam gambar.

Sementara itu, dalam hantaran itu, Muhyiddin tidak menyatakan sama ada isu berbangkit mengenai siapa mengisi jawatan Pengerusi PN selesai atau tidak.

Sebelum ini, Pas dan Bersatu didakwa dalam keadaan krisis selepas apa yang berlaku di Perlis sehingga memaksa Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast