Susu tepung bernilai bernilai RM831.23 yang dirampas AKPS KLIA, semalam.

KUALA LUMPUR – Satu konsainan susu tepung bernilai RM831.23 yang diimport dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA, semalam.

AKPS KLIA berkata, rampasan dilakukan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Kargo KLIA sekitar jam 1.07 petang selepas mengemukakan permit import  Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang mengelirukan.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM831.23 melibatkan susu tepung seberat enam kilogram dan kesemua rampasan telah ditahan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengemukakan Permit Import MAQIS yang mengelirukan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast