Gambar hiasan

CHUKAI Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas tercekik biji rambutan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman pada 2.50 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 1.30 tengah hari di rumah mangsa di Felda Neram 1 di sini semasa kanak-kanak itu makan rambutan bersama-sama kakaknya yang berusia enam tahun.

“Suara mangsa didakwa tersekat-sekat kerana biji rambutan tercekik pada kerongkong,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Razi berkata, keluarga mangsa membawa kanak-kanak itu ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

“Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tercekik dan terdapat biji rambutan pada kerongkong,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast