MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjalankan siasatan berhubung kes melibatkan IJM Corporation berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Sehubungan itu, pasukan penyiasat telah membuat pemeriksaan dan penggeledahan di empat lokasi berasingan berlainan iaitu kediaman dan pejabat salah seorang pengurusan tertinggi IJM Corporation.

Pada masa sama, SPRM turut membekukan 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta.

Selain itu, siasatan turut menumpukan kepada usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki telah diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram.

Sehingga kini sebanyak sembilan rakaman pernyataan telah diambil termasuk dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit, katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, rakaman pernyataan dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit disambung hari ini dan lima orang saksi lagi akan dipanggil untuk dirakam percakapan.

Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) telah menjalankan siasatan terhadap dua individu pengurusan tertinggi IJM Corporation.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast