Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR –  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan proses meratifikasikan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) masih lagi berjalan dan satu kertas cadangan sedang disiapkan.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kertas cadangan itu akan lebih memperincikan definasi ART yang lebih jelas untuk dibawa ke mesyuarat  ke Mesyuarat Kaukus Parlimen bagi dibincangkan bersama semua ahli Parlimen.

“Keputusan kerajaan untuk memeterai ART adalah hasil pertimbangan berlandaskan kepentingan ekonomi, kerajaan ingin jelaskan buat masa ini proses ratifikasi masih berjalan.

“Sebelum saya terbabit, perbincangan lebih tumpu pada ekonomi tetapi tak punya definisi yang jelas. Ada ratifikasi nanti, kita bincang dan redefine balik.

“Apabila ada proposal (kertas cadangan), boleh kita bincang, YB (Yang Berhormat) jangan tidak datang, saya hendak jemput, bila bersedia, datang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang mempersoalkan mengapa ART dimeterai secara tergesa-gesa dan meminta menteri terlibat melihat semula perjanjian terbabit.

Kaukus Parlimen mengenai Pengenaan Tarif Timbal Balas AS ke atas Malaysia ditubuhkan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang bersidang pada 5 Mei lalu.

Mesyuarat Kaukus Parlimen Bilangan 1 Tahun 2025  diadakan pada 27 November lalu. bagi membincangkan implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani 26 Oktober lalu.

Ia berperanan sebagai platform dwipartisan Parlimen untuk libat urus dan pemberian input kepada kerajaan dalam merangka strategi negara secara menyeluruh.

Keanggotaannya terdiri daripada ahli parlimen kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang, dengan pemilihan ahli untuk blok kerajaan ditentukan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) manakala untuk blok pembangkang ditentukan oleh Ketua Pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast