Najib Percaya Semua Wang Diterima Adalah Derma Arab Saudi, Beliau Jelaskan Berkali-kali – Shafee

Tan Sri Mohamed Shafee Abdullah menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak sejak awal percaya wang yang diterimanya, termasuk RM42 juta, merupakan derma daripada pihak Arab Saudi dan bukan daripada sumber lain.

Menurut beliau, kepercayaan itu kekal sehingga kini walaupun wujud keputusan mahkamah berkaitan kes SRC, sambil menegaskan Najib tidak pernah mengabaikan apa yang dipercayainya sebagai derma tersebut. Shafee turut mendakwa terdapat laporan media yang tidak tepat berhubung perkara berkenaan dan memohon campur tangan mahkamah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast