Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para jemaah selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Seksyen 8,Bandar Baru Bangi. Foto MUHAIMIN MARWAN, 23 JANUARI 2025

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan lampu hijau kepada badan penguatkuasa untuk menyiasat kepada mana-mana kementerian di bawah pentadbirannya berhubung apa-apa kes.

Anwar turut menegaskan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa kementerian berkaitan isu perolehan perlu diteruskan dengan tegas bagi memastikan akauntabiliti terjaga.

“Saya beri laluan penuh,” katanya ketika ditanya mengenai kenyataan SPRM bahawa beberapa kementerian kini dalam siasatan badan tersebut.

Anwar berkata demikian semasa sidang media selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Surau Al- Amin, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata beliau akan diberikan laporan mengenai beberapa isu daripada agensi-agensi tertentu antaranya Ketua Audit Negara, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Petang ini saya akan dapat laporan daripada Ketua Audit Negara, SPRM, LHDN dan AMLA. Itu harus Bank Negara teruskan tugas mereka membersih saki baki karenah rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” jelas beliau.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata beberapa kementerian kini berada dalam radar badan siasatan itu.

Kementerian berkenaan dikesan mempunyai isu berkaitan perolehan membabitkan ketirisan adalah penting. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast