Mangsa kini masih menerima rawatan di hospital.

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Gelugor di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 1 petang dan mangsa dikatakan masih menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintdan Lee Swee Sake ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast