KUALA LUMPUR – Yayasan Nurjiwa memberi sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau-Ghau yang kini dirawat di sebuah hospital selepas menjalani pembedahan akibat mengalami darah beku di bahagian otak kirinya.
Yayasan yang diasaskan oleh biduanita, Datuk Siti Nurhaliza itu berkata, sumbangan yang diserahkan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada Shamsul.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan dan kehadiran kami menjadi tanda ingatan serta doa yang berterusan,” tulis yayasan itu menerusi hantaran di media sosial.
Perkongsian itu turut menunjukkan wakil kepada Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menziarah Shamsul di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang. – MalaysiaGazette
















