Dro Fernandez. Foto IG PSG.
LONDON – Paris Saint-Germain (PSG) mengikat pemain remaja berbakat Barcelona, Dro Fernandez selepas berjaya menebus kontrak pelepasannya daripada kelab LaLiga itu yang dilaporkan bernilai lebih enam juta euro (RM28.22 juta).
Sebelum ini, pemain berumur 18 tahun itu mengejutkan Barça apabila dia meluahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu demi mencari minit permainan.
“Saya sangat gembira dan sangat bangga menyertai PSG kerana ia adalah saat kebanggaan yang besar bagi saya dan keluarga.
“Saya sangat teruja dan kini bermotivasi untuk bermain dan memberikan segala-galanya untuk jersi ini,” katanya di laman web kelab itu.
Dro yang ibunya berasal dari Filina berjaya menarik perhatian beberapa kelab terkemuka Eropah sebelum bersetuju menyertai projek di bawah kendalian Luis Enrique.
Pengurus Barça, Hansi Flick yang kecewa dengan keputusan itu menaruh keyakinan tinggi terhadap pemain tengah menyerang itu yang mampu menyaingi kehebatan Thiago Alcantara dan Pedri.
Sementara itu, Dro yang berasal dari Galicia di barat laut Sepanyol menyertai akademi terkenal La Masia pada 2022 dan telah membuat lapan penampilan bersama skuad utama Barcelona. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast