Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan menasihatkan semua pihak supaya mengambil pendekatan yang lebih rahmah dalam menangani seruan agar orang Islam di Selangor tidak membuat bayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat perlu mengajak kepada kebaikan serta mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kepada unsur negatif, di samping memperbanyakkan usaha ke arah kebaikan demi kesejahteraan seluruh rakyat.















