Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan awam tidak akan sama sekali berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat awam mengikut lunas perundangan yang ditetapkan sekiranya didapati bersalah dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan penjawat awam terutama di peringkat pengurusan tertinggi.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkhidmatan awam akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus.

Menurutnya, ia bagi memastikan prinsip keadilan terpelihara kepada pihak yang sedang disiasat.

Tegas beliau, prinsip menolak salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan tatakelola itu penting untuk dijunjung pada setiap masa selaras dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar perkhidmatan awam.

“(Ia) bagi memastikan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam tidak dicemari dengan perilaku yang boleh menghakis kepercayaan awam terhadap institusi teras negara, seperti mana yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, nilai integriti akan sentiasa menjadi teras kepada penyampaian berkhidmatan awam yang berkesan, mengurangkan ketirisan hasil negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara selaras dengan aspirasi di bawah Kerajaan Madani.

Ketika ini, beberapa bekas individu kanan dalam perkhidmatan awam utama negara termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dihadapkan ke mahkamah berhubung kes rasuah membabitkan operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast