Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat telah membatalkan Permit Kenderaan sebanyak 100 buah lori milik syarikat Lian Gang Logistics Sdn. Bhd, bersamaan dengan satu pertiga daripada keseluruhan kenderaan yang dikendali oleh syarikat tersebut.

Pembatalan ini adalah susulan tindakan Lian Gang Logistics yang terus beroperasi walaupun Lesen Pengendali syarikat telah digantung dari 27 Ogos 2025 kepada 25 September 2025 (30 hari) atas kegagalan memenuhi keperluan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan JPJ (JISA) pada 24 Jun 2025.

“Tindakan tegas ini wajar dijadikan peringatan bahawa APAD memandang serius sebarang pelanggaran aspek keselamatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik walaupun terhadap syarikat besar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta integriti industri pengangkutan negara sentiasa terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast