Kebakaran yang dikesan di Sumatera. foto Jakarta Post

SUMATERA – Kerajaan Indonesia mengesan 29 titik panas di wilayah Riau di Kepulauan Sumatera sejak dua hari lalu.

Malah, kebakaran di Ogan Komering Ilir, di wilayah Sumatra Selatan, masih berlaku pada hari Selasa.

Beberapa helikopter telah dihantar di kawasan berkenaan untuk operasi memadamkan kebakaran.

Agensi Meteorologi Pekanbaru memaklumkan bacaan satelit menunjukkan 29 titik panas di empat perkampungan dan beberapa perbandaran di Riau.

Tempat paling panas, dikesan di Dumai dengan 15 titik panas, manakala tujuh lagi di daerah Rokan Hilir, enam di Bengkalis dan satu di Siak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast