Foto video FB Jakel.

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet menunjukkan kesungguhan dan mengaku kesalahannya apabila tampil bersemuka dengan pelakon Nur Fazura bagi menamatkan salah faham biarpun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum ini.

Lan atau Mazlan Ahmad, 57, berkata, apa yang diungkapkan pada sesi siaran langsung di TikTok dilakukan secara spontan malah bersedia untuk menebusnya dengan membelanja Fazura makanan seperti diminta aktres tersebut.

“Faz saya minta maaf atas keterlanjuran dan saya minta maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Saya rasa down sangat kerana tiada niat langsung dalam hati,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Instagram rasmi Jakel.

Difahamkan pertemuan itu berlangsung ketika kedua-duanya menghadiri penggambaran iklan jenama Jakel.

Dalam video itu , Fazura juga sempat menyakat Lan yang dilihat sangat menyesali dengan perbuatannya itu.

Terbuka dengan permohonan maaf tersebut, Fazura memberitahu dia sudah memaafkan dengan seikhlas hati malah mahu bekerja dengan suasana yang baik.

“Tak payah hujung rambut hujung kaki, saya okay saja. Tak apalah sama-sama belajar daripada kesilapan. Saya pun ada silap juga.

“Apa yang penting kita bekerja dengan suasana harmoni. Okay kosong-kosong ikhlas daripada hati. Tapi dah maafkan, takkan kosong-kosong saja, kenalah belanja pizza, keria, goreng pisang dan laksa,” katanya.

Kelmarin tular potongan klip siaran langsung di TikTok apabila seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura.

Namun, ibu tunggal itu menjelaskan, buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.

Bagaimanapun, soalan tersebut menarik perhatian Lan yang kemudian memberikan jawapan berunsur double meaning sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netızen.

Difahamkan, kedua-dua artis berkenaan menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast