Zainul Rijal Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Ketetapan yang diambil oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor berhubung isu pencerobohan tanah termasuk membina rumah ibadat tanpa kelulusan di tanah kerajaan dan persendirian dilihat seolah-olah mengiktiraf sesuatu yang tidak mengikut undang-undang dan meletakkan beban kepada individu yang mematuhi undang-undangnya.

Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan adakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengetahui bahawa kenyataan yang dibuatnya semalam bertentangan dengan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Peraekutuan berkaitan pemilikan dan hak menikmati pemilikan tanah.

Bahkan, tegasnya, kenyataan Amirudin juga bertentangan dengan undang- undang khususnya Kanun Tanah Negara tentang penggunaan tanah dan pencerobohan serta menafikan hak tuan tanah.

Kenyataan itu, tambahnya, tidak selari dengan keputusan di Mahkamah Peraekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan kewajipan dan cara mengendalikan hak berkaitan pemilikan.

Malah, ia juga tidak selari dengan pendirian sebuah pihak berkuasa tempatan yang menyatakan tuan tanah perlu menyelesaikan sendiri isu pencerobohan dalam tanah miliknya sendiri.

“Pihak polis dan pihak berkuasa tempatan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun laporan polis dan aduan telah dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Amirudin dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor telah memutuskan tiga langkah untuk dilaksanakan sekiranya berlaku pencerobohan tanah termasuh pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan di negeri tersebut.

Langkah pertama ialah membuat laporan polis bagi membolehkan disiasatan dilaksanakan dan sekiranya terbukti, proses pendakwaan bagi kesalahan pencerobohan akan bermula.

Kedua, menghantar notis kepada pihak penceroboh dan maklumkan secara rasmi kepada Pejabat Daerah dan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah telah diaktifkan di semua daerah di Selangor.

JKD sebagai pengantara akan memanggil semua pihak termasuk pemilik tanah, pemilik rumah ibadat, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan bagi mencapai penyelesaian yang munasabah.

Menurut Amirudin, sekiranya proses ini tidak membuahkan hasil, JKD akan menasihatkan supaya proses mahkamah diteruskan oleh pemilik
tanah.

“Pendekatan ini digunakan supaya keseluruhan proses ini melibatkan pihak berkuasa dan mengelakkan daripada sebarang insiden yang
mampu mencetuskan rusuhan untuk berlaku,” katanya.

Amirudin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat MKN Negeri Selangor yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Panglima Markas 11 Briged, yang dipertua pihak berkuasa tempatan serta pegawai daerah bagi membincangkan tahap keselamatan awam negeri itu. –
MalaysiaGazette

Ceroboh tanah: Tidak boleh bertindak sendiri tanpa proses mahkamah – Amirudin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Laaa bodoh mcm ni pun boleh jd MB.. dah sah2 lah Mahkamah Persekutuan sebut.. tak perlu kebenaran mahkamah pun kalau nak halau penceroboh..

Comments are closed.