Asisten Komisioner Norhizam Bahaman.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah kondominium di tingkat lapan dalam kejadian di Cyberjaya, Sepang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asistent Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan sekitar jam 6.31 petang.

“Siasatan mendapati mangsa warga tempatan terjatuh dari tingkat lapan bangunan itu dan kemudian dibawa ke Hospital Cyberjaya bagi mendapatkan rawatan namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika di hospital.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bedah siasatan ke atas mangsa akan dijalankan hari ini jam 12 tengah hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2011.

Norhizam turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai kejadian dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee di talian 014-3145347. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast