Orang ramai memenuhi Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur. (Gambar fail).

KUALA LUMPUR – Jalan Raja Alang di sini akan mula ditutup mulai esok hingga 22 Mac bagi memberi laluan kepada penganjuran Bazar Ramadan 2026.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penutupan dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja persiapan tapak, pengoperasian bazar sepanjang bulan Ramadan sera kerja-kerja pembersihan dan pengosongan tapak selepas tamat operasi dijalankan dengan lancar dan teratur,” katanya menerusi hebahan di media sosial.

Sehubungan itu, DBKL menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan.

Sebelum ini dilaporkan, penganjuran Bazar Ramadan 2026 melibatkan 44 lokasi dengan 3,779 petak niaga, termasuk 12 lokasi di bawah seliaan DBKL manakala sebanyak 32 lokasi dikendalikan persatuan penjaja.

Tiga persatuan utama yang terlibat ialah Pertubuhan Pasar Malam Kuala Lumpur, Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan serta Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast