Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.

KUANTAN – Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di sebuah rumah di Lorong Cherating Damai, Kuantan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah mengesahkan kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 pagi tadi.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan setakat 10.10 pagi, mayat kesemua mangsa belum dibawa keluar dari rumah terbabit.

Orang ramai termasuk ahli keluarga juga dilihat berkumpul di lokasi kejadian dengan pihak polis memasang garisan dilarang melintas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman yang turut berada di lokasi dijangka mengadakan sidang media untuk berkongsi maklumat lanjut.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast