Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR – Ekoran banyak bahagian dan sayap parti terlibat dalam peletakan jawatan – Bersatu menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyusunnya semula.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu akan diketuai dua naib presiden iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr Radzi Jidin.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula bertindak sebagai sekretariat bagi pasukan petugas khas berkenaan.

“Ketua-ketua badan pimpinan negeri telah diarahlan untuk mengenal pasti bahagian-bahagian yang terlibat.

“Penyusunan semula bahagian-bahagian ini akan melibatkan pemangkuan jawatan ketua bahagian atau pembentukan bahagian yang baharu mengikut perlembagaan parti.

“Sayap-sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan juga akan disusun semula melalui pemangkuan atau pembentukan jawatankuasa yang baharu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Muhyiddin, Bersatu mempunyai barisan pelapis dan ahli-ahli aktif di setiap bahagian yang bersedia memikul tanggungjawab besar untuk memperkukuhkan parti.

Dalam pada itu, beliau yakin ramai ahli-ahli Bersatu terus komited kepada perjuangan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, saya akan menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN esok yang akan memutuskan pelantikan Pengerusi PN Nasional serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengukuhan dan pemerkasaan PN, katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast