Yahaya Othman

KUANTAN – Polis mengesahkan telah menahan seorang penuntut institusi pengajian tinggi di sini susulan hantaran provokasi dan menghina agama Islam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menahan pemuda itu awal pagi tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

“Permohonan reman akan dibuat bagi siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tindakan seorang pengguna akaun bernama “Vikneswaran0102′ di laman Thread yang membuat naik hantaran gambar memijak al-Quran telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen sejak malam tadi.

Rata-rata mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap lelaki itu.

Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) dalam kenyataannya memaklumkan sedang menyiasat jika ia membabitkan pelajar mereka.

Katanya, UMPSA memandang serius perkara menyentuh isu 3R sehingag mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam membabitkan istitusi itu. – MalaysiaGazette

UMPSA siasat status individu muat naik hantaran pijak al-Quran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast