@malaysiagazette Padah melawan arus hingga menyebabkan kemalangan, seorang lelaki ditahan polis susulan kejadian di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian itu sekitar jam 10.09 malam. “Sisasatan awal mendapati, kejadian berlaku jam 6 petang apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jaecco J7 berwarna putih bertindak memandu melawan arus sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang melalui jalan berkenaan. MGViral MalaysiaGazette Video : Orang Awam
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan polis kerana memandu lawan arus dan menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku jam 6 petang apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Jaecco J7 berwarna putih bertindak memandu melawan arus sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang melalui jalan berkenaan.
Bagaimanapun, pemandu Perodua Myvi merupakan seorang wanita warga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu Jaecco J7 itu telah ditahan atas pertuduhan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shamsudin mengingatkan orang ramai mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan dan polis tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas.
Shamsudin meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – MalaysiaGazette















