JAINJ melakukan serbuan dan menahan 17 kaki ponteng puasa sedang makan dan minum di secara terbuka di kawasan perindustrian berhampiran LTAS, Kulai, semalam.

KULAI – Keasyikan 17 kaki ponteng puasa menjamu selera secara terbuka di kawasan perindustrian berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS ) di sini terbantut apabila diserbu pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

JAINJ dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan pihak penguat kuasa tersebut dijalankan pukul 1.30 petang semalam di dilakukan ketika mereka makan dan minum di tepi jalan, duduk di tepi longkang, di atas rumput serta berdiri di kawasan berkenaan yang menjadi laluan orang ramai.

“Menerusi serbuan ini individu berusia antara 19 hingga 33 tahun ditahan dan semuanya adalah lelaki warga tempatan. Mereka membeli makanan dan minuman secara bungkus dari sebuah kereta buka bonek di tepi jalan tidak jauh dengan tempat mereka ditangkap.

“Makanan yang dibeli terdiri daripada nasi putih bersama-sama pelbagai jenis lauk seperti ayam, ikan, sambal, kuah kari dan ulam timun manakala minuman pula air sirap, oren serta teh O ais yang diikat dalam plastik,” maklum kenyataan itu.

Menurut JAINJ, alasan yang diberikan semua individu terbabit adalah keletihan bekerja dan dahaga.

Jelas jabatan tersebut, perbuatan mereka makan minum di tempat terbuka di tengah-tengah orang ramai lalu lalang sangat tidak menghormati Ramadan yang mulia.

“Ketika operasi dijalankan, mereka sedang makan sebelum dikejutkan dengan kehadiran penguat kuasa. Bagaimanapun, tiada makanan yang tertumpah atau terjatuh semasa tangkapan dibuat.

“Beberapa individu dilaporkan sempat melarikan diri dan meninggalkan makanan masing-masing sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.”

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAINJ untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Operasi berkenaan merupakan tangkapan paling ramai direkodkan JAINJ di satu lokasi sepanjang tahun ini,” tambah JAINJ.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Golongan yg tidak berkiblatkan KAABAH..Agama adalah warisan turun temurun..Kekentalan Iman jauh sekali…tiada beza dgn Non Muslim..Tetapi golongan ini yg berlebihan bila menyambut Hari Raya kononnya terlebih ISLAM…MEMALUKAN UMAT SEBAGAI MUSLIM..

Comments are closed.