Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes tangkapan suspek memuat naik foto memijak al-Quran akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 2 Mac ini.

Ia bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya jangan membuat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan dan menjejaskan kententeraman awam serta sensitiviti agama.

“PDRM akan menjalankan siasatan secara telus, profesional dan adil serta tidak akan berkompromo dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian dan keamanan negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada 25 Februari lalu, satu tangkapan reman melibatkan seorang lelaki tempatan dari 25 Februari hingga 28 Februari lalu bagi membantu siasatan kes penularan foto al-Quran dipijak di media sosial.

Susulan itu, tahanan reman telah disambung dari 1 Mac hingga 3 Mac bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, sebanyak 62 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berkaitan kes yang sama dan seramai 43 orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast