Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengambil langkah segera susulan konflik di Asia Barat yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi Malaysia sekiranya keadaan berlarutan.
Beliau memaklumkan kos barangan serta kos import bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) termasuk barangan makanan dijangka meningkat akibat gangguan laluan perdagangan dan penghantaran.















