Ahmad Zahid melawat Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan hala tuju UMNO.
Ahmad Zahid melawat Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan hala tuju UMNO.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Ketua pembangkang itu melawat veteran UMNO itu di kediaman Ahli Parlimen Barlimen Nasional Gua Musang petang tadi atas semangat setiakawan..

Kata Ahmad zahid, beliau mengadakan perbincangan bersama Tengku Razaleigh mengenai hala tuju UMNO ke arah masa depan yang lebih baik.

“Alhamdulillah, saya baru saja menziarahi Tengku Razaleigh Hamzah.

“Bertanya khabar & membincangkan hala tuju UMNO demi ke arah yang lebih baik. Kami bersifat semangat setiakawan,” kata beliau menerusi akaun twitternya.

Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pemimpin UMNO itu selepas pemilihan parti baru-baru ini.

Walaupun Tengku Razaleigh tewas dalam pemilihan jawatan tertinggi parti, Ahmad Zahid tetap menghormati tokoh itu dan menagih sokongan serta nasihatnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast