SPRM hakim
Logo SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas penolong akauntan sebuah agensi kerajaan semalam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, ia melibatkan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di jabatannya bekerja berjumlah kira-kira RM90,000.

“Suspek wanita berusia lingkungan 50-an telah ditahan kira-kira jam 1 petang dalam satu operasi yang dijalankan SPRM di sekitar Kota Kinabalu, Sabah,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut SPRM, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar 2025.

“Suspek mengemukakan dokumen pesanan kerajaan, invois dan sebut harga syarikat yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembekalan dan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan jabatan tempatnya bekerja.

“Suspek juga disyaki membuat lantikan terus kepada syarikat milik ahli keluarganya bagi mendapatkan suapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast