Sebuah kereta Perodua kancil ditemukan jatuh gaung selepas terbabas di Jalan Lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak, malam Ahad.

GOMBAK – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya terbabas dan jatuh gaung sedalam 80 meter di Jalan Lama dari Genting Sempah menghala ke sini, semalam.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas jalan raya itu jam 10.46 malam.

“Sepasukan anggota dan pegawai serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Selayang kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Suhaimi Samoori menemukan sebuah kereta jenis Perodua Kancil terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter.

“Terdapat seorang mangsa lelaki telah tercampak dari kenderaan dan mengalami cedera parah,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Anggota bomba menemukan pemandu Perodua Kancil yang cedera parah selepas keretanya terbabas dan masuk gaung di Jalan Lama dari Genting Sempah menghala ke Gombak, malam Ahad.Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang berusia 55 tahun itu bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan jam 1.15 tengah malam,” katanya.

“Kes seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast