Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kementerian itu melalui agensinya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyelaras pelaksanaan penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berkuatkuasa selama empat hari iaitu pada 19 dan 20 Mac (sebelum Aidilfitri) serta pada 28 dan 29 Mac (selepas perayaan).















