Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita pesara swasta berusia 66 tahun rugi RM2.26 juta kerana menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada 11.16 pagi semalam.

Jelasnya, wanita itu diperkenalkan satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen pada 2023 yang menjanjikan dividen 10 peratus setiap tiga bulan.

“Mangsa membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat sehingga berjumlah RM2,262,750 dan tidak menerima pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Lazim, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dilaporkan, seorang pesara swasta wanita mendakwa rugi hampir RM2.5 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan automatik berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan oleh seorang individu.

Individu itu dipercayai menguruskan pelaburan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berkenaan dikatakan membuat pelaburan itu sejak 2023 selepas diperkenalkan kepada sebuah syarikat pelaburan yang akhirnya menyebabkan jutaan wang miliknya lesap.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast