Sebuah motosikal Yamaha LC135 yang diiklankan di Facebook sebelum mangsa ditipu oleh scammer.

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan berputih mata selepas kerugian RM2,450 apabila menjadi mangsa penipuan pembelian motosikal yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada mangsa pada Khamis lalu.

Menurutnya, pengadu dikatakan berminat untuk membeli sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang diiklankan di Facebook sebelum berurusan dengan individu yang mendakwa sebagai penjual secara dalam talian.

“Mangsa kemudian membuat pembayaran ke dalam dua akaun berbeza seperti diminta suspek dan bertemu dengan penjual terbabit serta berpuas hati dengan keadaan motosikal yang ingin dibelinya.

“Namun, ketika mangsa ingin membawa pulang motosikal itu, penjual mendakwa tidak menerima sebarang bayaran dan akaun yang menerima wang itu tiada kaitan serta tidak dikenalinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut menerima laporan daripada penjual motosikal itu dan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast