KUALA LUMPUR – Susulan krisis di Asia Barat, Jemaah Menteri telah bersetuju bagi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memantau perkara ini dan perbincangan mendalam diadakan secara mingguan.
Untuk itu, Mesyuarat MTEN Bilangan 2 Tahun 2026 pada hari ini telah mendengar taklimat terkait petunjuk-petunjuk utama semasa ekonomi negara dan secara keseluruhan, keadaaan adalah terkawal, kata Perdana Menteri dalam kenyataan.
Namun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemantauan dan langkah-langkah awal atas kemungkinan yang bakal timbul perlu direncanakan sekarang, dan sehubungan itu, perbincangan-perbincangan MTEN akan melibatkan penyertaan lebih aktif daripada pihak industri bagi memastikan pemahaman isu dan cadangan penyelesaian yang lebih cepat serta praktikal dapat ambil.
“Kerajaan MADANI akan terus memantau rapat krisis ini serta kesannya kepada ekonomi dan rakyat dan kekal fokus mengekalkan asas ketahanan ekonomi negara dan memastikan kelangsungan hidup rakyat tidak terjejas,” ujarnya yang juga Menteri Kewangan. – MalaysiaGazette
















