KUALA LUMPUR – Seorang lelaki memakai topi keledar berwarna putih diburu polis disyaki terlibat dalam kejadian curi sebuah motosikal di hadapan kedai dobi di Jalan Kasturi, Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar pukul 1.11 pagi.

“Siasatan awal mendapati menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek dipercayai mencuri motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru.

“Polis kini sedang giat mengesan suspek yang memakai topi keledar berwarna putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naazron, kes disiasat mengikut Seksyen 397A Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara  tidak kurang satu tahun atau tidak lebih tujuh tahun boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

“Orang awam dinasihat untuk memastikan kunci tidak ditinggalkan di kenderaan dan menggunakan kunci tambahan bagi mengurangkan risiko kecurian motosikal,” katanya.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-8911 4243 atau pegawai penyiasat, Sarjan K. Rajkumar ditalian 016-9868979. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast