Dua beradik berada di bawah lubang berhampiran jam besar, Jalan Tunku Ibrahim, Sungai Petani dipercayai terbabit mencuri kabel. FOTO PDRM

KUALA LUMPUR – Tindakan nekad dua beradik mencuri kabel berhampiran jam besar di Jalan Tunku Ibrahim, Sungai Petani, Kedah ketika orang ramai sibuk menyambut Aidilfitri hanya menjerat diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua suspek berusia 42 dan 44 tahun ditangkap ketika berada di dalam lubang.

“Sepasukan pegawai dan anggota ari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda melakukan rondaan di kawasan itu pada jam 4.30 petang.

“Ketika itu, pasukan serbuan ternampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang membuka penutup lubang bawah tanah dan memasuki ruang tersebut.

“Mereka didapati memotong dan mencuri kabel, polis juga merampas beberapa peralatan barangan kes untuk siasatan lanjut ke IPD Kuala Muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan rekod mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 12 rekod lampau berkaitan dadah.

Ujarnya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan ketika ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast