Logo Valero Energy dipaparkan pada sebuah tangki di Kilang Penapisan Minyak Valero Wilmington, berhampiran Pelabuhan Long Beach dan Los Angeles di kawasan Wilmington, Los Angeles, California, pada 10 April 2025. foto AFP

HOUSTON – Kilang penapisan Valero di Port Arthur, Texas, dilaporkan meletup awal pagi Isnin, menurut Jabatan Polis Port Arthur.

Kebakaran besar tercetus susulan letupan yang berlaku.

Arahan berlindung telah dikeluarkan untuk kawasan barat Port Arthur, kata jabatan itu.

“Jangkakan penutupan jalan di sekitar kawasan Lebuhraya 82 dan 87 serta trafik yang menuju ke kawasan ini dari laluan lain,” tambahnya.

Penduduk diminta kekal di tempat masing-masing sehingga arahan ‘selamat’ dikeluarkan oleh pasukan kecemasan.

Punca letupan masih belum diketahui.

Stesen berita KFDM melaporkan tiada kecederaan, memetik Sheriff Daerah Jefferson, Zena Stephens sebagai berkata.

Letupan itu dilaporkan melibatkan satu unit pemanas di kilang penapisan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast