Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kira-kira 25 orang ‘ulat foto’ atau jurugambar haram ditahan polis dalam operasi khas yang dilaksanakan di Persiaran Menara Berkembar PETRONAS di sini malam tadi.
Mereka yang ditahan terdiri daripada inidividu berusia antara 16 hingga 48 tahun menerusi operasi yang bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi tadi.















