Pemandu mabuk dan positif dadah akan didakwa di Mahkamah Klang esok.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang akan didakwa esok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, suspek yang berusia lingkungan 20-an itu akan dibawa sekitar jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Klang.

“Suspek akan dituduh esok di mahkamah,” katanya dalam kenyataan secara ringkas hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an maut dalam keadaan tragis apabila badannya melambung sebelum tercampak atas kenderaan lain selepas dilanggar kereta pada pukul 10.40 pagi pada Ahad lalu.

Rakaman kejadian yang  tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

Jit Huey dilaporkan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast