Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran pada pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Sao Paulo. foto Euronews

BRASILIA – Sebuah pesawat kecil yang sedang mendarat terhempas di Lapangan Terbang Campo de Marte, Sao Paulo mengorbankan juruterbangnya.

Bagaimanapun, enam penumpang terselamat.

Pihak berkuasa berkata, juruterbang itu maut selepas terperangkap dalam pesawat enjin berkembar Beechcraft King Air yang terbakar.

Beliau mati sebelum berjaya diselamatkan.

Pesawat itu dikatakan milik firma Videplast, syarikat peneraju plastik.

G1 News melaporkan pengasas Videplast, Nereu dan Geraldo Denardi merupakan antara penumpang pesawat berkenaan ketika kejadian berlaku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast